GAP dalam Literature

Sempena bengkel Quantitative Research Methodology di Fakulti Pendidikan today (yours truly in facilitating the Literature Review part):
Waktu nak memulakan kajian master atau PhD, mungkin supervisor akan suruh supervisee cari GAP dalam literature.
GAP tu apa?
Ruang kosong. Tugas supervisee ialah mengisi ruang kosong itu.
Soalan seterusnya: Mengapa nak isi ruang kosong tu?
Errr....sebab menutup GAP tu dikira sebagai sumbangan kepada ilmu.
Baiklah. Saya berikan satu GAP.
1. Ada banyak kajian tentang kesan psikologikal letusan gunung berapi dalam kalangan warga Indonesia. Tapi, belum ada kajian terhadap warga Malaysia. Siapa yang nak penuhi GAP ini?
2. Ada kajian-kajian yang membantu individu menaksir persediaan untuk perkahwinan. Tapi, ada satu GAP yang besar dalam konteks Malaysia. Belum ada kajian yang mencipta alat ujian menguji kesediaan perkahwinan bagi pasangan sejenis (gay dan lesbian). Siapa yang nak cuba penuhi GAP ini?
Harap-harapnya, melalui soalan-soalan retorikal di atas, anda boleh nampak bahawa ada soalan besar yang perlu dijawab selepas mengenalpasti GAP in the literature.
MENGAPA nak penuhi GAP tu?
Ibarat rumah, mungkin ada ruang yang sengaja dibiarkan kosong. Mengapa nak sumbat perabut di ruangan tersebut.
Selain kekangan praktikal (di Malaysia tiada gunung berapi dan perkahwinan sejenis), perlu difikirkan kekangan teoretikal (apa yang bukan sebahagian skop teori itu). Bahkan, jika teori-teori difahami dengan baik, pengkaji boleh nampak ruang-ruang untuk perkembangan teori-teori tersebut. Maka, pengkaji mungkin boleh mengalihkan tumpuan daripada mencari GAP kepada mencari GROWTH AREAS.

Comments