Tuesday, July 25, 2017

PhD Palsu

Ada orang pandai masak rendang, maka dipanggil sifu rendang. Tapi tidaklah pula dia letakkan gelaran 'Sifu' dalam dokumen rasmi dan cetak sijil sendiri.
Ada orang memang pandai bab mengahwinkan pokok-pokok, maka orang menggelarnya Profesor. Tapi tidaklah pula dia meletakkan gelaran Profesor itu pada kad namanya. Gelaran Profesor tu hanya diguna dalam perbualan santai.
Tapi ada orang terlalu mengambil serius gelaran Profesor yang dilemparkan kepadanya, sehingga dia menipu dirinya sendiri bahawa dia betul-betul seorang Profesor. Dan dia menipu orang lain dengan mengakui dirinya Profesor.

No comments: