Saturday, November 14, 2015

SSP: Mengenang

Pucuk pauh buah berangan
diikat-ikat dengan tali
orang jauh jadi kenangan
hendak dilupa sukar sekali

Pucuk rebung dilentur-lentur
aur meliuk disapa bayu
kasih dan sayang berbaur-baur
bila diingat hatipun sayu

Pucuk salak dihinggap tempua
Lalu terbang hala setinggan
nasi ditanak untuk berdua
tapi hidang hanya sepinggan


No comments: