Tuesday, November 10, 2015

SSP: Kembali Manusia

Perlukah kau dengar
kisah yang telah kusimpan
sedang bagiku mahuku
padamkannya dari sejarahku

Usah kau kisah
bayang-bayang di belakang
sedang mataku maluku
tidak sanggup melihatnya

Pernahkah kau bayangkan
air mataku tiada lagi
sedang hatiku inginku
menyesali yang telah berlaku

Ku akui
tak mampu selamanya kuberlari
dikejar bayang-bayang kusendiri
dan setelah kuyakini
putihnya caramu terhadapku
kulepaskan ragu-raguku
mengadu di bahumu

Dengarlah kisah bayangan
agar esokku kembali ceria
dalam diriku tahuku

tiada insan yang sempurna

No comments: