Wednesday, May 16, 2012

Melayan ingatan

Air dalam cawan
Sudu dalam air
Dikocak
Timbul ingatan


Air tak berubah rasa
Lidah tak silap merasa
Perasaan yang bersimpang siur
Mencari perasa serasi hati


Ke mana tumpah air
Kalau tidak ke piring
Ke mana tumpahnya pengalaman
Kalau tidak ke masa hadapan


Sudu di tangan
Cawan di atas meja
Simpankan dalam laci
Atau kocak kembali

2 comments: