Tuesday, May 22, 2012

Bina Jambatan

Kalau tuan membina jambatan
pilih memilih memanglah biasa
tapi jangan hanya kelihatan
pulau yang sedia makmur sentosa

Pulau yang makmur memang menarik
warnanya indah tempatnya bersih
tuan sampai di pulau yang cantik
bagai pelancong memuji fasih

Pulau yang mundur jangan diabai
lebih perlu terima kunjungan
jangan gundah serabut serabai
tugas tuan indahkan pemandangan

Kalau tuan membina jambatan
biar saksama memilih tempat
tempat yang elok berhiburan
tempat yang tidak jadikan ibadat

No comments: