I Know How The River Feels



Tak sangka boleh terminat dengan lagu country pulak. Kalau setakat Shania Twain dan Lee Ann Rhymes tu, dah biasa. Tapi, tetiba terminat, terkasima, dan teringin nak buat entry pasal lagu ni. 

Tajuknya saja membayangkan puitisnya lagu ni. Sekali baca, tak tertangkap maksudnya. Sungai ada perasaan ke? Bagaimana manusia boleh berempati dengan sungai?

Aku sendiri ada dua tafsiran peribadi.

Tafsiran pertama: seperti yang dikisahkan dalam lagu ini, pencarian tempat persinggahan dan perteduhan berlaku tanpa dipaksa, dan tiada paksaan untuk berhenti. Memang indah jika akhirnya sampai ke muara kasih. Tapi, dah terasa penat. Cukuplah. Cukup dengan apa yang ada sekarang. Tak perlu dicari-cari. Ia ada, hanya menanti untuk dideriai. Jika menanti ia hadir dalam pakej seorang insan, mungkin jadi penantian hampa. 

Tafsiran kedua: I think I know what my life calling is. That's why I'm willing to sacrifice a great deal of my life back in Malaysia to pursue a PhD in the UK. I imagine myself in September 2010. Graduating. Being addressed as Dr Harris. The I'll know how the river feels. That's where I belong. I'm destinied to be a Dr. These works I'm doing now are like the flow of the river. I'm accumulating lots of knowledge and experience along the way. And when the moment comes, the river will join the sea. I will join the wider, more turbulant, and richer scholarly word. Then I'll know how the river feels.

Comments