Final Exam untuk Jabatan Netizen

 Soalan final exam untuk kursus Kaedah Penyelidikan.


Arahan: Jawab semua soalan. Setiap soalan bernilai 20 markah.

1. "Hanya pemegang PhD yang boleh faham mengapa PRU perlu diadakan segera".

Apakah hipotesis yang boleh dibina berdasarkan kenyataan di atas? Bagaimana hipotesis ini boleh diuji?

Elakkan daripada membuat hipotesis tentang orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

2. Seorang ahli perniagaan membuat kontroversi di media sosial untuk mendapat data tentang produk baharunya. Terangkan prinsip etika dalam penyelidikan sebegini.

3. "Aktiviti pembalakan bukan punca banjir".

a. Huraikan pembolehubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar dalam kenyataan di atas.

b. Terangkan perkaitan kedua-dua pemboleh ubah berkenaan dengan menggunakan kerangka kajian yang sesuai.

c. Cadangkan cara untuk memahami pemikiran orang yang menafikan perkaitan antara pembalakan dan banjir.

4. Berdasarkan pemerhatian seorang ibu di luar kawasan sekolah selama 5 hari berturut-turut, guru-guru tidak memantau aktiviti pelajar selepas waktu persekolahan. Dia membuat kesimpulan bahawa guru-guru tidak bertanggung jawab dan menulis tentangnya di Facebook.

a. Apakah bias yang mungkin berlaku dalam pemerhatian yang dilakukan?

b. Apakah andaian yang perlu dipenuhi untuk menerima kesimpulan beliau?

c. Secepat mana Jabatan Netizen dapat mengesan identiti ibu berkenaan?

5. Seorang perokok tegar menentang penggunaan vaksin Covid-19 yang dianggap tidak halal dan memberikan mudarat. Dia memetik kajian percubaan vaksin yang melaporkan bahawa 6 orang meninggal dunia. Empat orang yang meninggal adalah dari kumpulan kawalan, dan dua orang adalah daripada kumpulan yang menerima vaksin. Jumlah keseluruhan sampel kajian ialah 100,000.

a. Terangkan kepada encik ini kepentingan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

b. Huraikan kepentingan statistik kadar asas (baseline) kematian dalam populasi untuk mentafsir dapatan kajian.

c. Sekiranya anda memberitahu dia bahawa rokok tidak ada logo halal, setinggi manakah tahap kesentapannya?

Comments