Conflict of Interests dalam Penulisan

Dalam etika penulisan artikel, conflict of interest adalah satu pertimbangan untuk penerbitan. Salah satu produk Atomy yang dicanangkan beberapa selebriti ialah HemoHIM yang telahpun dikaji dan diterbitkan kajiannya. Tampalan ini bukan tentang Atomy mahupun selebriti yang menjualnya (eh, ke tak perlu menjual?). Ia lebih kepada etika penulisan dengan menggunakan contoh artikel di bawah ni:

Jika dilihat senarai penulis, ada 5 orang semuanya. Penulis pertama dan kelima berafiliasi Korea University College of Medicine. Wow! Nampak macam hebat kan? Nanti dulu.
Penulis pertama hingga keempat ada afiliasi kedua iaitu Food Science R&D Center, Kolmar BNH Co., LTD. Apa bentuk afiliasi tidak diberitahu dalam artikel. Adakah mereka pekerja di situ? Perunding? Pemegang saham?
Kalau ikutkan, itu hak mereka nak bekerja di mana-mana syarikat. Tambah pula dalam penularan Covid-19 ni. Yang bekerja tetap pun terketar-ketar mencari atau membuat pekerjaan sampingan (walaupun boss tak redha; dan pada masa yang sama big boss kata kalau bekerja dari rumah kena potong gaji dan elaun). Itu cerita lain.
Berbalik kepada cerita asal, Kolmar BNH ni syarikat apa? Boleh klik pautan ini untuk maklumat lanjut. Cukup saya katakan di sini bahawa syarikat ini pengeluar HemoHIM yang dinilai dalam artikel jurnal.
Jika inilah keadannya, maka ada kerisauan yang munasabah bahawa wujud conflict of interest. Apatah lagi kajian ini ditanggung oleh syarikat Kolmar BNH sendiri. Maka, deklarasi 'No conflict of interest' itu boleh dipersoalkan.
Ibarat syarikat rokok upah saintis untuk tunjukkan khasiat dan manfaat rokok ke atas kesihatan. Nak percaya bulat-bulat ke tak?
Adakah artikel ini produk sains? Atau alat pemasaran?






Comments