Psikometrik dan Usul Undi Percaya DUN.

Boleh ke buang item daripada instrumen?

Untuk jawap soalan ni, kita ambil contoh Self-Compassion Scale (SCS) yang ada 26 item dan 6 dimensi.
1. Instrumen yang dalam public domain boleh diubah suai tanpa kebenaran penulis asal. Kalau instrumen yang dilindungi hak cipta atau lesen, perlu dapat kebenaran penulis asal untuk buat apa-apa ubah suai. Kirsten Neff dah beri blanket approval untuk gunakan SCS. Tak perlu email kat dia. Dia sibuk buat research. Kalau examiner tesis tanya mana surat kebenaran untuk guna SCS, ko ambil je tangkap layar di laman web Neff.
2. Kalau setakat nak buang 1 atau 2 item, boleh dilakukan dengan justifikasi yang jelas dan kukuh. Instrumen macam SCS ni bukanlah kitab yang tak boleh diubah walaupun 1 huruf. Instrumen ciptaan manusia boleh diubah suai ikut keperluan dan objektif kajian.
Kalau sekadar nak tingkatkan nilai Cronbach, mungkin belum cukup kukuh alasannya. Nilai Cronbach boleh dipertingkat dengan meningkatkan saiz sampel. Mengapa item perlu dikorbankan walhal saiz sampel tak cukup besar?
Kalau nak buang sebab item-total correlation bernilai negatif, mungkin ini lebih kukuh. Item itu didapat tidak mengukur konstruk seperti mana item-item lain yang ada item-total correlation positif.
3. Dalam melakukan CFA, tak digalakkan buang lebih daripada 20% item (Hair, Babin, Krey, 2017). Kalau banyak sangat yang dibuang, itu bukan Confirmatory lagi namanya. Itu dah jadi Exploratory. Kalau untuk SCS, tak boleh buang sampai 6 item.
Sayugia diingatkan, item ialah sampel tingkah laku. Sebagai contoh, self-kindness dalam SCS merujuk kepada bersifat "gentle with themselves when confronted with painful experiences rather than getting angry". Huraian ini menerangkan 'populasi' konstruk. Daripada populasi ini, kita boleh ambil sampel item untuk mengukur konstruk self-kindness. Dah tentulah kita tak mampu nak tulis SEMUA item yang boleh mengukur self-kindness; kita ambil sampel je. Jadi, kalau kita nak buang item, kita kena tengok balik: item yang tinggal tu adakah sampel yang masih utuh atau dah bias (yakni tak mampu lagi menjadi representasi populasi).
4. Kalau nak buang kurang daripada 20%, kena tengok juga apa item yang dibuang. Kalau 5 item SCS nak dibuang, dan kesemuanya adalah daripada 1 dimensi, maka dimensi tu tinggal 1 item je. Ko tak kesian ke tengok item tu berdiri sorang-sorang? Dari segi teorinya, instrumen tu dah cacat: sebab tinggal 5 dimensi je. Kita tak berapa nak boleh percaya bahawa kita boleh ukur dimensi yang dah tinggal 1 item je. Ibarat macam Menteri Besar (latent construct) tak cukup undi percaya. Bila penyokong (item) dah menyusut, keasbahan MB pun orang pertikaikan.
Jangan kata psikometrik tak de kaitan dengan politik. Hahaha.

Comments