Tersurat vs tersirat

Budak budak yg belum bersekolah sebenarnya dah pandai guna ayat tersirat. Bila dinyatakan bahawa "orang dewasa saja boleh makan chewing gum", ada budak2 yg boleh membuat respon
"Ooo.. kanak2 tak boleh makan ya?"
Yg jadi masalah ialah bila mereka diajar ada satu saja ayat tersirat yg diterima sebagai betul. Mungkin aktiviti pengajaran dan penilaian di sekolah boleh menggalakkan penerokaan apa yg tersirat dalam pemikiran mereka.

Berdasarkan pemerhatian tidak saintifik, kanak2 memang ada kemampuan mentafsir yg tersirat daripada yg tersurat. Soalan2 yg boleh ditanya berkenaan isu ini ialah
1. Apa matlamat pembelajaran tersebut?
2. Sesuaikan matlamat berkenaan disangkut kepada mu
rid darjah 1?
3. Adakah sebenarnya yabg diajar: membezakan tersurat dan tersirat? Kaedah 'penyiratan'? Menghafal contoh2 ayat tersirat? Kemahiran menggunakan teks sebagai data utk menyirat? Kemahiran menggunakan maklumat daripada pengalaman hidup utk menyirat?

Comments