Thursday, December 08, 2016

Pantun 4 Kaki

Lembu jinak parasnya sihat
rajin meragut merata padang
terlalu banyak masa berehat
badan lembut orang tak pandang
Kuda meringkik berlatar teja
nampak perkasa bukan melidi
peluh menitik ibarat baja
bercambah jasa berbunga budi
Biri-biri bermain seludang
jelas benar nakal comelnya
jaga teliti si anak medang
bila besar luas teduhnya
Sapi di hutan kencang berlari
kuat tenaga bukannya baran
hidup bukan makan sendiri
pedulilah juga kenyang jiran

No comments: