Monday, October 01, 2012

bersusah-susah dahulu

Dah selesa bersenang-senang, kadang-kadang kita jadi sombong untuk bersusah-susah.

Ini bukan cerita si Tanggang. si Tanggang itu menjadi sombong disebabkan kesenangan.

Ini tentang orang yang tidak mahu bersusah-susah menolong orang lain sebab dia dah senang. Mungkin sebab dah selalu berSK II, berLancome atau berKiehls, maka gelilah dia nak menepekkan bedak sejuk di muka orang lain. Ataupun, dek tiap-tiap hari naik kereta mewah, langsung tak nak membonceng kapcai kawan yang minta tolong angkut barangnya.

Sesekali kena juga menurunkan 'darjat'. Hatta berlampin sutera waktu kecil dulu, kena sesekali rasa kasarnya belacu. apatah lagi jika membabitkan orang lain. Mungkin orang lain belum sampai tahap senang yang kita kecapi. Turunkanlah diri ke tahap kesusahan mereka. Mudah-mudahan kita jadi lebih bersyukur dengan nikmat yang dikecapi sekarang. mudah-mudahan ada 'saham' kita dalam membantu mereka menjadi lebih senang.

No comments: