Jelas tak?

Penjelasan SKMM mengenai isu Astro

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin menjelaskan mengenai pelbagai laporan yang dipaparkan oleh media mengenai keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan stesen TV berbayar Astro untuk menaikkan kadar harga langganan.

SKMM ingin menyatakan bahawa Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) memberi kuasa kepada Menteri untuk campur tangan dalam menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi untuk kepentingan orang ramai. Proses Siasatan Awam bukanlah pra-syarat kepada perlaksanaan seksyen Akta tersebut. Ini bercanggah dengan ulasan yang dibuat oleh beberapa media bahawa Siasatan Awam perlu diadakan sebelum Seksyen 199 di bawah AKM berkenaan penetapan harga oleh Menteri digunapakai. Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.


AKM mengadakan peruntukan kepada SKMM peranan melaksanakan dasar, manakala kuasa membuat keputusan tentang dasar diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya. Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.my


========================================


Dengan penjelasan ni, sekarang dah faham?

Errr...apa isunya? Isu naik harga? Atau Siasatan Awal?

Kesimpulannya, naik harga ke tak ni?

Comments

Telipuk Kuala said…
Tak naiklah tu. Kalau Menteri dah tak bagi, Asteruk tak boleh la naikkan harga, walaupun dia dah inform bagai...dan tak payah tunggu buat Public Inquiry pun untuk decide wajar atau tidak membenarkan kenaikan harga itu kerana Menteri dah invoke kuasa dia. r
I see. Tak reti nak buat kesimpulan based on the 'penjelasan' yang diberi. Kesimpulan yang nampak ialah...'layarilah website skmm'