Refleksi tafsir: ayat 1 surah alMulk

 Refleksi tafsir: Perspektif psikologi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani تَبٰرَكَ الَّذي بِيَدِهِ المُلكُ وَهُوَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ Blessed is He in whose hand is dominion, and He is over all things competent – Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu 1. Ayat ini menegaskan isi fikiran berkenaan aqidah. Bidang kuasa Allah swt dinyatakan dengan jelas: tiada satupun pemerintahan di dunia dan akhirat yang tidak berada dalam genggamannya. 2. Jika isi fikiran ini wajar difahami untuk membentuk kognisi beragama yang kukuh. Rene Descarte pernah mengungkap, "I think, therefore I am". Mungkin boleh dinyatakan berdasarkan refleksi terhadap ayat ini, "I think about Allah, therefore I am His servant". 3. Daripada kognisi beragama yang betul, kita boleh menjalani kehidupan dengan baik. Sebagai contoh, seperti mana yang ditulis dalam tasfir yang saya rujuk, pemahaman terhadap konsep 'barakah' atau 'berkat' memberi kesan terhadap pemikiran dan amalan kita. Jika kita faham dan terima bahawa hanya kepada Allah swt kita memohon berkat, kita akan mengelak daripada berfikir dan membuat amalan yang tidak berdalil. 4. Bahagian kedua ayat ini menekankan bahawa SEMUA perkara dan SEMUA benda berada di bawah kekuasaannya. JIka kita terpesona dengan kuasa atau kerajaan apa sekalipun, kita perlu mengaitkannya dengan Allah swt. Kita tidak boleh 'memutuskan' rantaian berkat atau rantaian kuasa daripada pemilik segala Berkat dan Kekuasaan. Eksperimen psikologi yang menunjukkan faktor X memberi kesan kepada Y sepatutnya ditafsir juga sebagai 'faktor X memberi kesan kepada Y dengan izin dan perkenan Allah swt'. Jangan pula sampai kita begitu terpesona dengan faktor X sehingga mengganggapnya faktor yang wujud secara bebas tanpa tertakluk kepada sunnatullah. Sebagai contoh, latihan atau intervensi 'gratitude journal' (mencatatkan rasa berterima kasih) dipopularkan gerakan psikologi positif. Jika kesan gratitude journal itu ditafsir sebagai amalan manusia memancarkan getaran atau frekuensi positif sehingga 'the universe' memantulkan kembali sesuatu yang positif, maka kita telah mengeksklusifkan rantaian kekuasaan itu bagi sesama makhluk. Ajaran seperti Law of Attraction, yang jelas mengandungi unsur syirik (lihat The Secret), telah memesongkan prinsip dan falsafah gratitude journal. Boleh saja amalan gratitude journal itu dikaitkan dengan Allah sebagai Pemberi Nikmat yang wajib kita berterima kasih kepadaNya. Menulis nikmat-nikmat yang disyukuri itu memfokuskan fikiran kita kepada aspek-aspek positif dalam kehidupan. Secara tidak langsung, ia juga mengelakkan kita terlalu memikirkan aspek-aspek negatif yang dihadapi. 5. Jika difahami dan dihayati, kemungkinan besar ayat ini melazimkan bentuk pemikiran 'ada makhluk, ada Allah yang Berkuasa ke atasnya'. Apabila kita melihat makhluk (stimulus), maka kita patut bertindak balas (response) secara kognitif mahupun secara tingkah laku bahawa Allah menguasai makhluk itu. Maka kita akan cenderung berfikir tentang Allah setiap kali kita berbicara tentang makhluk. #RTPP

Comments