Tafsiran Skor Ujian

 Bagi satu-satu instrumen, adakah julat skor antara kelas-kelas perlu sama besar?

Sebagai contoh, jika julat skor keseluruhan ialah 1-30, maka skor rendah ialah 1-10, sederhana 11-20, dan tinggi ialah 21-30.

Ada juga yang buat kelas skor berdasarkan skala jawapan (cth: 1=sangat tidak setuju hingga 5=sangat setuju). Jika ada 10 soalan, maka rendah = 10-20, sederhana = 21-39, dan tinggi = 40-50.


Image may contain: text that says 'Not all likely 1 2 Neutral 3 5 Detractor 6 7 % PROMOTERS Extremely likely 9 % DETRACTORS 10 Passive Promoter NPS (NET PROMOTER SCORE)'

Dengan Net Promoter Score dalam gambar yang diberi, saiz julat skor tidak sama bagi kategori detractor, passive dan promoter. Mengapa tak sama? Adakah suka-suka letak semapada skor berkenaan? Kemungkinan besar, sempada skor itu diketahui dengan membuat kajian kaitan atara skor dan kriteria yang relevan. Sebagai contoh, kajian mendapati orang yang memberi skor 9 dan 10 sahaja yang akan mempromosikan sesuatu produk (atau pembekal perkhidmatan) kepada orang lain.

Dalam bidang kesihatan dan perubatan, SRQ-20 juga tidak mempunyai kelas skor yang sama besar. SRQ-20 ialah isntrumen yang mengukur common mental disorder. Ia boleh digunakan sebagai alat saringan kesihatan mental.

Sempadan skor (high vs low risk) ditentukan dengan analisis ROC yang mengambil kira sensitiviti instrumen berbanding penilaian pakar.

Untuk mentafsirkan skor, mungkin juga boleh digunakan data normatif. Nilai persentil yang sesuai boleh diguna untuk membahagikan sampel kepada 4 bahagian sama banyak (cth: menggunakan sempadan persentil ke 25, 50, 75) atau 3 bahagian yang sama banyak (sempadan persentil ke 33 dan 66).

Kelas skor yang sama besar hanyalah satu sahaja daripada pilihan yang ada. Justifikasi teori dan empirikal perlu diambilkira untuk menentukan cara mentafsir skor mengikut tahap (tinggi-rendah), atau jenis (Personaliti Jenis D atau tidak).

الله أعلم

Comments