Teaching tip - don't assume what your students know

Pengalaman mengajar students...kekadang lain yang kita minta, lain yang depa beri. Biasa la tu. Sebagai contohnya, ini yang pakcik beri sebagai arahan kepada students:

" i want you to find articles from APA journals (or other journals using the APA style) that reports statistical results: correlation, regression, t-test (one-sample, independent, dependent), one way ANOVA, two-way ANOVA, and Chi-square."

Kome-kome yang baca ni, agak2nya, apa yang pakcik mintak? artikel daripada jurnal kan? Kome tau ke artikel jurnal tu mana ghope nya? Ada ghope macam yang kat bawah ni? Siapa yang jawab 'artikel jurnal', maknanya kena masuk kelas pakcik untuk mengenal jurnal artikel. 

Ini artikel jurnal ke nota?









Bagus jugak bila students beri jawapan macam ni. Depa berani; berani kerana tak takut buat salah. Pakcik boleh puji pelajar macam ni. Daripada jawapan macam ni, baru la pakcik boleh tau sejauhmana students tahu dan faham apa yang pakcik nak ajar. Sebagai pengajar, pakcik tak boleh assume students tahu apa yang mereka patut tahu. Kena check dulu.

Kalau deme tak tahu, jangan le marah pulak. Siasat elok-elok. Tanyakan soalan-soalan yang boleh menjelaskan apa yang deme tahu, dan apa yang deme tak tahu. Kalau deme terasa hati dengan soalan macam tu, pakcik mintak maaf le. Bukan nak merendah-rendahkan sesiapa. Kita belajar ni nak meningkatkan ilmu, meninggikan peribadi. Banyak-banyak bersabor.






Comments