Monday, September 14, 2015

Tadabbur surah Ya-sin

'Masuk' kelas online (youtube live streaming) Master Zainul. Ada perkongsian tentang tadabbur surah Ya-Sin. Banyak kali baca, tapi kurang memikir tentang apa di sebalik ayat2 dalam surah Ya-Sin. Antara points yang sempat dikutip.

1. Jika tugas kita ialah 'menyampaikan', maka tadahlah kesusahan yang dipakejkan bersama tugas tersebut. Macam mengajar statistik ... banyak cabaran, stres, kecik hati, sentap, dsb. Tapi jangan putus asa dan give up disebabkan kesusahan tersebut. Kalau kita bersabar dan tetap mengerjakan tugasan, kita dapat pahala bekerja. Dan Allah swt PASTI akan beri ganjaran. Awal atau lambat je.

2. Jika kita belum menghadapi 'pakej kesusahan' yang standard, maka jangan hairan kalau kita tak dapat habuan yang besar dari Allah swt. Sedangkan Nabi dan Rasul pun terpaksa menempuh kesusahan yang besar sebelum mengecap kejayaan. Kalau kita sebagai pelajar statistik, selagi belum rasa nak termuntah baca buku, rasa pening jawab soalan, rasa konfius baca soalan, dan rasa nipis telinga kena sindir dengan cikgu statistik, maka jangan hairan kalau kita belum dapat faham sebetul2nya subjek statistik tu.

No comments: