Sunday, April 12, 2015

Orang tak pandai parking

Situasi di tempat parking: ada banyak petak kosong. Kalau ada orang yg sengaja park kereta di belakang kereta lain (sehingga menyusahkan kereta itu untuk keluar), sedangkan tempat itu bukan petak letak kereta, orang berkenaan mengalami sindrom

A. Kurang belaian kasih sayang
B. kurang sel-sel otak yang berhubung
C. Terlebih rasa dirinya penting
D. Kurang didoakan cepat masuk syurga

Bila menteri buat silap atau dilaporkan buat silap, banyak rakyat yang marah. Realiti dalam hidup sehari-hari, 'rakyat' jugalah yang menyusahkan hidup rakyat lain secara langsung.

Marahkan menteri, rakyat lain yang dibakar.

No comments: