Tuesday, April 10, 2012

Percaya Dia Manusia

Patah hati.

Retak seribu.

Patah seribu.

Bila mengalami situasi sebenar, setiap insan akan tahu sedalam mana tahap melankolik masing-masing. Sedalam Tasik Cini, atau pun Jurang Mariana. Anda tahu bahawa David Cameron telah melakukan selaman secara solo ke dasar Jurang Mariana? Ala....pengarah Titanic tu. Entah macam mana nama dia keluar pulak dalam tampalan ni. Abaikan.

Balik ke topik asal. Bila dikecewakan oleh manusia lain, hati akan terasa. Macam-macam rasa mungkin timbul. Rasa sedap je yg tak datang. Selepas melalui DABDA (Denial, Anger, Bargaining, Depression, and Acceptance), hati yang luka tak semestinya pulih sepenuhnya.

Bagaimana hendak kembali mengadap manusia yang melukakan hati? Mampukah hati yang berparut itu diserah semula kepadanya? Membina semula kepercayaan yang pernah dikhianati memang tugas yang sukar. Berbagai persoalan dan keraguan yang mungkin muncul, merobohkan sedikit demi sedikit apa yang ingin dibina.

Tapi, percayakah anda dia manusia?

Ok.....begini.

Jika anda berharap dia tidak mengkhianati anda lagi, anda berharap dia telah berubah menjadi robot yang boleh diprogramkan sesuka hati.

Jika anda berharap dia tidak membuat apa-apa kesilapan lagi, anda sebenarnya berharap dia menjadi seperti malaikat.

Manusia bukan robot, bukan malaikat.

Percayalah dia manusia. Ada sifat-sifat yang menunjukkan kemanusiaannya. Lupa. Khilaf. Lemah. Berbolak-balik.

Jika anda mahu menerima dia, terimalah dia dengan sifat-sifatnya. Namun, jika parut di hati anda kembali berdarah setiap kali berdepan dengannya, maka lebih baik mengundur diri secara sempurna. Simpan episod lama sebagai kenangan, sebagai peristiwa dan iktibar yang menjadikan anda manusia. Segala tanda-tanda kenangan yang boleh merobek hati, sebaiknya di simpan atau dibuang. Gunting tali kenangan kepada dia yang mengecewakan anda. Jangan jadi macam Rose yang menunggu hingga hujung nyawa untuk menenggelamkan rantai tanda cintanya kepada Jack dalam filem Titanic.

Ooo....ok. That's where David Cameron comes into the picture in this post.

No comments: