Buat baik berpada-pada

"Buat baik berpada-pada"

'Buat' itu tingkahlaku dan pemikiran.
'Baik' itu penilaian yang berdasarkan garispanduan tertentu, atau mungkin saja tanpa apa-apa panduan khusus.
'Berpada-pada' itu batasan atau had kepada perbuatan.

Memang diakui, elok berpada-pada supaya mengelakkan timbul keadaan "kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".

Pada masa yang sama, buatlah amal soleh sebanyak-banyaknya seoalah-olah kita akan meninggalkan dunia esok hari.

Jika ada pertikaian tentang batas-batas perlakuan, maka kita carilah apa ukuran 'kebaikan' yang digunakan. Ukuran syariat, adat, budaya setempat, iklim organisasi, atau sifar?

Mari perbanyakkan amal soleh di hari Jumaat yang penuh barakah.

Comments