Tuesday, January 27, 2015

Resepi salad Melayu


Ni namanya resepi salad JJMD (jarang-jarang masuk dapur)

Bahan-bahannya:

Seketul kubis (jangan tanya berapa gram - agak2 korang la nak buat banyak mana)
Sedikit timun (padan-padan la dengan kubis tu)
Buah tomato masak tak cukup ranum
Lobak merah beberapa inci
Bawang merah
Kismis hitam dan kuning
Hirisan badam
Minyak zaitun
garam
cuka
lada hitam

Kaedahnya:

Sayur-sayur tu hirislah gaya bebas. Korang jugak yang nak makan kan? Kalau rasa nak bergaya Masterchef, timun tu boleh la dihiris panjang nipis-nipis sehingga kelihatan seperti sutera putih yang baru dibasuh dengan air mineral.

Badam tu pulak dipanaskan dalam kuali - panaskan sampai bertukar warna, jangan sampai hangit. Tunggu sejuk dulu badam tu baru ditabur atas sayur.

Untuk pakaiannya (dressing kata omputih), bancuhkan minyak zaitun, cuka (nak ganti dengan lemon pun boleh. Kalau tak de lemon, guna limau kasturi, limau nipis, atau limau telur buaya) dan garam. Kacau sampai sebati, dan tuangkan atas sayur.

Dah siap. Apa lagi, makan le.


No comments: