Thursday, July 12, 2012

Klasik Nasional

Klasik Nasional....segalanya di sini menggamit MEMORI.

Sebelum pergi ke UK dulu, itulah tag-line radio Klasik Nasional. Bila balik Malaysia pada 2011, dah lain pulak bunyinya: segalanya di sini menggamit KENANGAN. Apa agaknya yang mendorong perubahan tersebut.
Semantik? Memori, diMelayukan daripada MEMORY, ada maksud yang sama dengan kenangan.
Satu sebab yang agak boleh diterima ialah memartabatkan bahasa Melayu. Daripada menggunakan perkataan Inggeris yang diMelayukan, lebih elok menggunakan perkataan Melayu yang sedia ada. macam boleh diterima alasan sebegini. Cumanya, yang tak boleh diterima ialah perubahan yang tidak berlaku pada nama stesen radio itu sendiri.
Kalau tag-line diubah, nama stesen radio patut diubah. 'Klasik' dan 'Nasional' tu memang perkataan asal dalam perbendaharaan bahasa Melayu ke?

No comments: