Kesenangan hidup

Teringat satu kisah yang dibaca ketika kanak-kanak dulu. (berapa tahun yg lalu?)

Ada sorang pakcik ni; dia rasa hidupnya susah. Rumah sempit, katanya. Lalu dia pergi berjumpa seorang alim (berilmu) di kampungnya itu untuk meminta nasihat.

"Apa hajat kamu berjumpa saya", tanya alim itu.
"Hidup saya suah Tuan. Rumah saya sempit. Isteri saya selalu merungut kerana saya tidak dapat menyediakan rumah yang lebih besar. Bolehkah Tuan mendoakan saya supaya dapat rezeki yang lebih supaya saya mampu membesarkan rumah saya?" pohon pakcik itu.
"Oh, begitu", kata si alim dan dia terdiam sebentar. Kemudian dia menyambung, "saya boleh tolong jika kamu buat apa yang saya suruh".
Pakcik itu kelihatan gembira bercampur suspen. Tak sabar nak tahu apa yang alim nak suruh dia buat. Lalu dia mengangguk saja.
"Kamu ada membela beberapa ekor kambing, kan?" tanya si alim.
"Benar Tuan"
"Petang ini, kamu ambil seekor kambing, dan simpan di dalam rumah," selamba kambing saja si alim itu memberi arahan.
"Biar betul!", pakcik itu separuh menjerit mendengar arahan yang diterima.
"Kalau kamu buat apa yang saya suruh, saya akan tolong kamu. Datang semula seminggu dari sekarang" keras suara si alim. Pakcik itu terdiam dan terus balik ke rumah.

Maka mulai petang itu, rumah pakcik itu yang sedia sempit makin sempit dengan adanya seekor kambing di dalam rumah. Isterinya makin pot pet pot pet sebab asik terpijak tahi kambing. Pakcik itupun semakin runsing; telinganya selalu dicakar bunyi kambing mengembek dan leteran isterinya.

Cukup seminggu, pakcik itu datang berjumpa alim.
"Apa yang sudah jadi dengan kamu?"
"Saya runsing Tuan. Rumah saya makin sempit"
"Patutlah muka kamu macam tak pernah jumpa pisau cukur" si alim cuba berlawak untuk mengendurkan stress. Tapi Pakcik itu tak bertenaga untuk ketawa.
"Kalau begitu," kata si alim bila melihat pakcik tu bermuka blur, "petang ini kamu ambil seekor lagi kambing dan belalah ia di dalam rumah."
Belum sempat pakcik itu membantah, si alam meletakkan telunjuk kanannya di bibirnya, sambil menggeleng-gelengkan kepala. Pakcik itu tak jadi nak bersuara. Bila pakcik itu hendar beredar, alim mengingatkan pakcik itu untuk datang semula minggu depan.

Petang itu, bila seekor lagi kambing masuk ke rumah, pakcik itu teruk kena leter. Mulalah isterinya mempertikaikan si alim. Ada tauliah ke dia untuk beri arahan macam tu? Kenapa mesti ikut?
Pakcik itu menyuruh isterinya bersabar.
"Apa yang kanda buat ini, untuk dinda jugak. Dinda yang selalu komplen pasal rumah sempit. Bila kanda cuba nak selesaikan masalah ni, dinda kena la bersabar." Sambil senyum-senyum kambing, dan bau-bau kambing, pakcik itu berjaya juga melepasi tempoh seminggu dengan dua ekor kambing di dalam rumah.

"Apa macam? Masalah sudah selesai?" tanya si alim.
"Lagi tambah masalah la Tuan. Cuba Tuan tengok, muka saya pun dah macam muka kambing," kata pakcik tu sambil menunjukkan janggutnya yang dah tak terurus.
"Ok lah. Kalau macam tu, awak balik ke rumah, dan keluarkan kedua-dua kambing itu."
"Itu aje?" tanya pakcik. "Tuan tak nak buat solat hajat dan doakah?"
"Awak baliklah dulu."
Pakcik itu pun membawa wajah moyoknya ke rumah. Isterinya tiada di rumah untuk menyambutnya, kerana dia ke pasar. Pakcik itupun melepaskannya kambing-kambingnya ke luar rumah. Bila kambing-kambing itu dah keluar, dia nampak kembali ruang yang selama ini diambil oleh kambing. Pakcik itu pun tersenyum.

Segera dia ke rumah alim.
"Tuan!!! Tuan!! Rumah saya dah tak sempit lagi!"
"Alhamdulillah," ujar si alim.
================================

Moral of the story:

Kesenangan hidup tidak semestinya diperoleh dengan menambah harta.
Kesenangan juga boleh bertambah dengan mengurangkan harta.




Comments

Unknown said…
tapi tuan tahi2 kambing ni siapa nak basuh tuan?

:D
###...apa boleh buat
tahi kambing bulat
boleh buat ubat
cap orang kuat...#

- a goat's poo for one man is an organic fertilizer for another man -
Ri said…
tima kasih atas peringatan :)