tak membebankan

Dialog di tahun ini.

Penjual: Tahun ni saya terpaksa selaraskan harga barang.

Pembeli: Maksudnya, naikkan harga?

Penjual: Ya. Harga akan naik, disebabkan harga di seluruh dunia naik. Tapi jangan risau, saya pasti kenaikan ini tidak membebankan kamu.

si penjual membelek-belek cincin platinum bertatah berlian berharga RM200,000 yang dipakainya.

Pembeli: Ya, memang betul. Kenaikan ini tidak membebankan saya sedikitpun untuk berdoa ada penjual lain yang boleh menawarkan harga jualan yang lebih berpatutan.

Pembeli menadahkan tangan untuk berdoa.

Penjual: Kamu yakinkah ada penjual yang boleh turunkan harga barang? Saya dah lama berjual, dah established. Saya lebih tahu selok belok dunia perniagaan ini.

Pembeli: Saya tahu. Disebabkan sudah lamalah saya dah tahu perangai buruk kamu. Makin lama, makin berterang-terang buat perkara yang kami pembeli tidak suka. Mungkin kamu fikir kami terlalu mudah lupa.

Penjual kelihatan sedikit resah sambil memandang mahligai rasmi yang baru dibina hasil keuntungan empayar perniagaannya.

Penjual: Kamu sanggup menggadaikan masa depan kamu untuk si penjual yang belum teruji?

Pembeli: Kami mungkin tidak ada masa depan jika kamu terus begini. (Bahkan, mungkin kamu sedang memadam masa depan kamu sendiri)

Penjual: Kamu mahu saya berubah?

Pembeli: Kami mahu kamu melakukan transformasi.

Penjual: Bukankah saya sedang melakukan transformasi urusan jual beli? Segalanya untuk mengutamakan golongan pembeli.

Pembeli: Yang kami mahu lihat ialah kamu melakukan transformasi diri: kembali kepada fitrah yang suci bersih.

Si penjual tiba-tiba sahaja menyanyi lagu Sesuci Lebaran.

Pembeli terus angkat kaki.

Comments

Ri said…
*huh?
ending yang agak (if you'll pardon me using obefiend's expression) senggama minda :P
dunia jual beli makin cacamarba...makin ramai yg 'gila'