Tudung busuk?
Tudung Lawan Tali Leher mengupas tentang sikap sesetengah individu muslim yang bersikap negatif terhadap hijab. Tudung dikaitkan dengan elemen-elemen negatif supaya terhadap tudung turut berwarna negatif. Walhal, banyak lagi unit pakaian lain yang 'busuk' dan 'berkuman'. Tidak pula diheret ke wilayah negatif; mungkin kerana pakaian tersebut tidak mengiklankan Islam.
Untuk betul-betul mengiklankan Islam, marilah pastikan pakaian2 kita betul2 bersih, suci dan selamat. Perhatikan sejadah. Berapa kerap dibasuh? Kadang-kadang, rasa pelik dengan pilihan sejadah di pasaran. Yang dianggap 'lawa' dan 'sesuai' dihampar di masjid, musolla dan rumah adalah sejadah yang tidak mesra mesin basuh. Kalau dicuci, hilang gebunya. Mungkin kurang serinya. Nak mengeringkannya pun susah, sebab tebal macam karpet. Cuba tengok sejadah di musolla di tempat kerja atau asrama: agak-agaknya, bila kali terakhir sejadah tu berjumpa air dan sabun?
Memanglah sejadah tu tidak dipakai di badan sepertu baju dan seluar. Namun, ia kerap terkena lembapan, kesan wuduk. Rasanya, bakteria mudah membiak atas sejadah. Itu sebab sejadah jadi 'masam'. Kaki yang diletak atas sejadah tu pun, bukan semuanya bersih. Walau telah berwuduk, haruman dan kuman di kaki mungkin tertinggal dan berpindah ke sejadah.
Hiba hati melihat sejadah yang lunyai, kusam dan masam di sesetengah surau dan musolla. Kalau dibuat dari kain kapas, linen atau seumpama dengannya, lebih mudah ia dibasuh. Secara peribadi, tak perlu juga menghias sejadah dengan warna dan corak yang pelbagai. Hanya mengganggu tumpuan ketika solah. Peribahasa 'less is more' sesuai diguna di sini. Apa guna gambar kerawang dan bunga di atas sejadah kalau menjadi tempat perhimpunan kuman dan tahi cicak?
Comments