Kebaikan yang tersembunyi

Entah berapa kali agaknya telah menjadi penerima kebaikan yang tersembunyi. Tidak dinafikan, pernah beberapa kali menjadi mangsa kejahatan yang jelas mahupun tersembunyi. Marah yang tiba muncul secara nyata. Namun, bila mengenang kebaikan yang tersembunyi, terasa malu kerana tidak menzahirkan syukur. 

Di ruangan yang kecil ini, ingin mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang membuat kebaikan hingga kebaikan itu mendatangkan manfaat kepada diri ini. 

Mungkin ada ...
..perkataan-perkataan baik yang diucap hingga menjadi pujian.
..perkataan-perkataan benar yang diucap hingga menjadi perisai.
..perkataan-perkataan cela yang didiam hingga menjadi luput.

Kebaikan, perkataan mahupun perbuatan, moga dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Comments