Pemikiran Pelik

Sorang kawan memberitahu perbualannya dengan seorang lelaki (lets say his name is J) beragama Islam. Bila ditanya mengapa dia tak bersembahyang, J kata... lebih kurang.. buat apa nak sembahyang. Kalau masuk syurga, nanti jumpa Osama Bin Laden. Kalau masuk neraka, nanti boleh jumpa Beyonce, Jennifer Lopez, etc.

Kalau J berkata demikian di depan muka sendiri, mungkin terkedu dibuatnya. Tak tau apa respon yang paling baik. One one hand, dia percaya pada hari akhirat. On the other hand, dia tidak yakin dengan pembalasan baik& buruk di hari akhirat.

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". [Surah al-Kahfi: 110)

Kalau ayat ini diambil sebagai sandaran, satu kesimpulan kecil boleh dibuat. J mungkin percaya, tapi dia tidak berharap hendak bertemu Tuhan. Dia lebih berharap mencari nikmat-nikmat dunia di akhirat.

Moga Allah memasukkan diriku, keluargaku dan sahabat-sahabatku dalam golongan yang percaya dan berharap bertemu Allah.

Comments

Telipuk Kuala said…
Oh kesiannya, dia lebih suka berjumpa Beyonce dari bertemu dengan bidadari Allah yang tak terperi kecantikannya...isk..isk..isk...