Lagu bebudak
Masa kecik2 dulu, ada belajar lagu yang berkaitan dengan permainan. Kalau permainan tu melibatkan penggiliran atau pemilihan pasukan, lagu digunakan untuk menentukan kedudukan pemain. Lagu yang paling mudah ialah "lai lai li tam plom". Ada versi yang memasukkan satu lagi 'lai' dia antara li dan tam. Suku kata dalam lagu ni tak jelas maksudnya. Entah apalah etimologi sukukata ni.
Satu lagi lagu yang kawan-kawan pernah pakai lebih pelik bunyinya daripada lai li tadi.
Aci cak dewa duku daka
cak pole pole pala
cina banana cakeduk
Entah betul tidak ejaan bagi bunyi2 ni. Sesekali dinyanyikan semula, senyum sorang2.
Kalau perkataan boleh digabung secara rawak menjadi lagu, rasanya teringin juga mencipta lagu bebudak. Tak perlu fikirkan maksud, mesej dan moral. Janji bunyinya sedap dan lawak.

Comments
polis sentri tau lar, atau one two jus... :P
ni ade lagu bebudak lagi rase mesti ingat jugak
aci cat cilut at at
cat cilut kucing lompat
nestum nestat
pak aji tukang cat
mak minah pegi kedai
nak beli ape?