Metafizik bukan sebarang

"Metafizik juga adalah kajian tentang alam ghaib, fenomenanya yang dicerap di alam nyata (secara langsung atau tidak) dan kaitannya dengan hukum-hukum tabi’e alam fizikal."
1. Istilah 'metafizik' mungkin sengaja digunakan untuk mempromosi idea dan modul latihan (cth: membangun potensi diri). Maka menjadi tanggungjawab penggubal modul untuk menunjukkan bahawa modulnya berlandaskan metafizik. Jika dia claim modulnya metafizik, tapi landasan utamanya bukan metafizik (mungkin hanya falsafah yang mirip metafizik yang belum tentu Islamik), maka dia telah menyalahgunakan istilah metafizik.
2. Label metafizik pada modul tidak semestinya bermakna modul itu bebas unsur syirik. Kena periksa unsur-unsur kain dalam modul. Ada orang bantah modul berkenaan tidak bermakna mereka menolak metafizik secara keseluruhannya. Menolak unsur syirik itulah fokus bantahannya.
3. Ada yang letak label-label saintifik pada modul mereka (neuro, matrix, mid-brain dll) tapi sebenarnya hanya pseudosains. Pihak yang menolak pseudosains bukannya menolak sains, malah mempertahankan sains yang lebih benar.
Ada usaha bersungguh-sungguh menyalahgunakan istilah sains, perubatan dan terapi. Dan tidak pelik jika ada usaha menyalahgunakan (hijack) istilah metafizik.
Semoga kita mendapat hikmah dan kemahiran berfikir untuk membeza antara manikam dan kaca.

Comments