Betul.... tapi.......
"Ya Allah, tampakkanlah kepada kami yang benar itu sebuah kebenaran dan berikan rizki kepada kami untuk mengikutinya. Tampakkanlah kepada kami yang batil itu sebuah kebatilan dan berikan rizki kepada kami agar menjauhinya."
Cuba kita semak diri sendiri
1. Adakah kita jelas dan faham dengan apa yang benar
2. Apakah kita jelas dan faham dengan apa yang batil
3. Adakah kita memiliki kekuatan untuk mengamalkan apa yang benar?
4. Adakdah kita memiliki kekuatan untuk meninggalkan amalan yang batil.
Sebagai latihan untuk empat soalan di atas, cuba kita jawapannya bagi senario di bawah. Adakah kita teguh berdiri di landasan yang benar, atau kita cuba selesakan diri di atas jalan yang salah?
"Saya tahu doktor tu doktor tipu; dia tak ada ijazah perubatan pun. Tapi saya pergi juga berubat dengan dia sebab dia orang yang baik. Ini usaha saya. Dah usaha, saya tawakal aje lah supaya dapat kesihatan yang baik"
"Saya tahu anak durian ni bukan benih Musang King yang ori. Tapi saya tanam juga sebab ia nampak cantik. Mudah-mudahan nanti buahnya rasa macam Musang King".
"Saya tahu telefon ni rupanya saja macam Samsung. Tapi dia bukan Samsung. Harganya 10 kali lebih murah dari Samsung sebenar. Saya beli sebab saya suka harganya. Harap-harap performance dia pun sebijik macam Samsung asli."
"Saya tahu bag tangan ni bukan Hermes yang asli. Walaupun harganya sama mahal dengan Hermes yang asli, saya tetap beli sebab susah sangat nak cari yang betul-betul asli. Kalau bawak ke party, harap-harap tak de sesiap yang akan perasan beg ni tak ori."
"Saya tahu rujukan yang saya guna ni rujukan daripada jurnal yang black listed. Tapi saya gunakan juga sebab inilah rujukan yang saya faham. Rujukan dari Lancet dan Nature tu payah benor saya nak fahamkan. Harap-harap examiner tak kecam saya masa viva nanti."
"Saya tahu amalan NLP tu berdasarkan pseudosains. Ia bukanlah dari bidang sains yang betul. Tapi saya amalkan juga sebab saya rasa NLP tu menarik. Saya yakin NLP ni tidak membawa sebarang keburukan."
"Saya tahu merokok tu berdosa. Tapi saya merokok juga sebab saya dah ketagih. Dah memang makanan aku."
"Saya tahu game PUBG ada unsur syirik. Tapi saya nak main juga, sebab saya nak habiskan semua level dalam game tu. Nanti saya istighfarlah"
Ada macam-macam alasan yang kita kemukakan untuk merasionalkan atau 'membenarkan' juga tindakan kita.
========
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (1: 6-7)
Setiap kali kita solat kita baca doa ini. Moga Allah swt makbulkannya supaya akidah, muamalah, dan perhubungan kita sesama manusia berada di landasan yang benar.
Comments