Banyaknya Jadual.

Amboi amboi amboi ... kemain lagi copy n paste jadual dari SPSS ya? Dah kenapa nak masukkan valid percent dan cumulative percent tu? Ada cerita istimewa yang nak disampaikan? Kalau tak ada, tak payah la dimasukkan dalam jadual.
Lagi satu, kot iya pun nak copy n paste, ubah le istilah BI ke BM. Dah tulis tesis dalam BM, jadualnya pun gunakanlah BM. Lagipun, istilah tu bukan yang pelik-pelik pun. Frequency = kekerapan. Percent = Peratus. Tak susah pun, kan?
Dah buat jadual, rajin pulak tulis semula angka-angka tu dalam perenggan. Jadual diguna untuk mempersembahkan data dalam bentuk yang ringkas. Dah elok ringkas, nak rumitkan balik dalam perenggan. Mengapakah begitu wahai insan?
Mengapa guna garisan berwarna? Nak bagi cantik ya? Jadual dan graf berwarna warni mungkin sesuai untuk buat presentation kepada ahli politik dan 'usahawan' yang tipu ada degree walhal tak ada CGPA pun. Untuk tesis, warna hitam pun dah cukup. Hitam itu dah cukup menawan.
Akhirul kalam, perlu ke nak letak jadual tu? Tak hairanlah ada sampai beribu-ribu jadual dan tesis pun lebih tebal dari koleksi komplen pelanggan TNB yang terduduk baca bil letrik bulan ni. Mengapa gigih nak masukkan jadual tu ya?
Saya nak beri 10 markah kepada sesiapa yang boleh ringkaskan statistik murid ini seringkas-ringkasnya. Ada berani?

Comments