Menyisihkan Pembonceng Gratis

Gelaran 'pembonceng gratis' bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan dalam kalangan ahli akademik. Ia merujuk kepada seseorang yang tidak pernah menulis walau satu perkataan, ataupun menyumbang apa-apa yang signifikan ke arah penghasilan artikel jurnal.
Dalam konteks plagiarisma, kesalahan plagiat termasuklah meletakkan atau membernarkan nama pembonceng gratis pada hasil kerja akademik yang dihantar ke jurnal.


Syarat penerbitan di jurnal-jurnal yang berkualiti tinggi mungkin memasukkan senarai sumbangan setiap penulis. Dalam contoh yang diberikan, ada beberapa jenis sumbangan yang memungkinkan seseorang diterima sebagai penulis bersama bagi sesebuah artikel. Memanglah tidak dapat hendak disahkan wujud atau tidak sumbangan setiap penulis itu. Namun, pengeksplisitan (dah masuk kamus ke tidak?) sumbangan ini diharap dapat mengurangkan fenomena pembonceng gratis.
Setidak-tidaknya, penulis yang tidak mahu menerima kehadiran pembonceng gratis boleh bertanyakan kepada bakal pembonceng itu: What shall I record as your contribution to this manuscript? Kalau dia faham, baguslah. Kalau tak faham, berilah dia tazkirah integriti akademik secara gratis.

Comments