Gunting rambut dan tekanan darah

Betulkah bergunting rambut boleh turunkan tekanan darah?
"Among black male barbershop patrons with uncontrolled hypertension, health promotion by barbers resulted in larger blood-pressure reduction when coupled with medication management in barbershops by specialty-trained pharmacists."
Terjemahannya: Dalam kalangan pelanggan lelaki kulit hitam kedai gunting rambut yang ada hipertensi tidak terkawal, promosi kesihatan oleh tukang-tukang guntung rambut menghasilkan penurunan tekanan darah yang lebih besar apabila digandingkan dengan pengurusan ubat-ubatan oleh ahli farmasi yang terlatih secara khusus".
https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMoa1717250
Berdarkan artikel di The New England Journal of Medicine, jawapannya 'ya', ada beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima pakai perkhidmatan gunting rambut sebagai 'rawatan' hipertensi.
1. Penurunan tekanan darah dicapai dengan penggunaan ubat yang diberi oleh ahli farmasi. Dalam kumpulan kajian eksperimental, tukang gunting menggalakkan pelanggan mereka mendapatkan nasihat dan rawatan daripada ahli farmasi yang turut sama berada di kedai.
Maksudnya, bukanlah tindakan menggunting rambut itu yang menjadi variabel utama kajian. Dalam kumpulan kawalan pun mereka bergunting rambut juga. Yang membezakan adalah perjumpaan dengan ahli farmasi dan pengambilan ubat-ubatan.
2. Penurunan tekanan darah dicapai selepas tempoh 6 bulan. Data kajian tidak menunjukkan secepat mana tekanan darah menurun. Dan adakah kesan ini akan dirasai dalam masa selepas 6 bulan? Ia memerlukan kajian lanjut.
3. Sampel kajian adalah lelaki kulit hitam. Dapatan kajian tidak semestinya boleh diterima pakai untuk wanita dan lelaki bangsa lain. Gaya hidup dan status kesihatan mungkin berbeza daripada populasi yang tidak dikaji. Perbezaan ini mungkin mempengaruhi keberkesanan ubat-ubatan yang diguna dalam kajian ini.
4. Di sebalik penurunan tekanan darah, ada kesan tidak diingini yang berlaku (3 kes kecederaan buah pinggan akut). Kajian lanjut perlu dilakukan supaya rawatan sebegini boleh meminimakan kesan tidak diingini.
Kesimpulannya, satu artikel ini tidak cukup untuk diguna sebagai sandaran untuk membuka salon dan kedai gunting rambut dalam tempoh PKP. Sebagai penambahan, carian di pangkalan data Web of Science dilakukan pada 15/4/200 menggunakan kata kunci ('hypertension' dan 'barber'). Hanya 3 artikel berkaitan hipertensi dan kedai gunting rambut dijumpai. Ketiga-tiga artikel TIDAK menggunakan khidmat gunting rambut sebagai rawatan hipertensi. Dalam satu kajian, tukang gunting rambut berperanan melakukan ujian tekanan darah dan mempengaruhi pelanggan untuk mendapat rawatan daripada doktor.
Mengapa para saintis melakukan kajian yang berpusatkan kedai gunting rambut? Mari baca ayat saintis itu sendiri: "Black men have less physician contact than other groups and thus lower rate of hypertension treatmen and control". Maksudnya, kajian ini dibuat kerana populasi lelaki kulit hitam ada gaya hidup yang berbeza. Sebab itulah rawatan berpusatkan kedai gunting rambut ini dibuat untuk mengeksploit pengaruh tukang gunting.
Adakah rakyat Malaysia yang mempunyai masalah tekanan darah kurang berhubung dengan doktor dan perlu dipujuk oleh tukang gunting rambut?
====
Penulisan ini bertujuan membuat pencerahan dari perspektif sains tentang hubungan antara perkhidmatan gunting rambut dan hipertensi. Ia bukan dimaksudkan untuk menyinggung atau meremehkan mana-mana individu.
Bibliografi:
Rader, F., Elashoff, R. M., Niknezhad, S., & Victor, R. G. (2013). Differential treatment of hypertension by primary care providers and hypertension specialists in a barber-based intervention trial to control hypertension in Black men. The American Journal of Cardiology, 112(9), 1421-1426.
Victor, R. G., Lynch, K., Li, N., Blyler, C., Muhammad, E., Handler, J., ... & Moy, N. (2018). A cluster-randomized trial of blood-pressure reduction in black barbershops. New England Journal of Medicine, 378(14), 1291-1301.
Victor, R. G., Ravenell, J. E., Freeman, A., Leonard, D., Bhat, D. G., Shafiq, M., ... & Coxson, P. G. (2011). Effectiveness of a barber-based intervention for improving hypertension control in black men: the BARBER-1 study: a cluster randomized trial. Archives of Internal Medicine, 171(4), 342-350.
Victor, R. G., Ravenell, J. E., Freeman, A., Bhat, D. G., Storm, J. S., Shafiq, M., ... & Leonard, D. (2009). A barber-based intervention for hypertension in African American men: design of a group randomized trial. American Heart Journal, 157(1), 30-36.

Comments