Pantun Ralat Pengujian
Hutan redah belukar pun redah
menjejak buruan hajatnya besar
Ukur sudah timbang pun sudah
Mengapa tekaan masih tersasar?
menjejak buruan hajatnya besar
Ukur sudah timbang pun sudah
Mengapa tekaan masih tersasar?
Dalam teori pengujian klasikal, skor ujian mungkin tersasar daripada nilai sebenar kerana ada ralat dalam pengukuran.
X = T + e
X = skor ujian
T = skor sebenar
e = ralat (rambang dan sistematik)
T = skor sebenar
e = ralat (rambang dan sistematik)
Ralat berkenaan mungkin disebabkan item dalam ujian tidak mencukupi untuk mengukur nilai skor sebenar. HKatakanlah satu ujian hendak dibina untuk mengukur kesetiaan terhadap pasangan. Jika hanya sejenis komitmen yang ditanya (cth: komitmen afektif: "Kesetiaan menghalangku berpindah ke lain hati". 1= sangat tidak setuju, 5= sangat setuju),mungkin ujian ini tidak kena dengan semua orang. Komitment-komitmen lain (cth: komitmen temporal; "Kasih sayangku bukan sedikit, jikalau boleh nak mati bersama") , jika dimasukkan dalam ujian, mungkin dapat mengecilkan nilai e. Cara ujian dilakukan dan cara pemarkatan juga membawa kesan kepada nilai e. Penyelewengan dari kaedah-kaedah yang piawai boleh mencemarkan nilai X dengan ralat rambang. Pembinaan ujian pula perlu kemas dan tepat supaya tidak wujud ralat sistematik (yakni sengaja): yang hendak diuji kesetiaan; tapi keamaatan cinta pula yang ditanya (cth: "Sedalam mana cintamu?"). Dalam hal ini, ralat sistematik sangat berkait rapat dengan keesahan alat ujian itu sendiri.
Jadi, dari perspektif pengujian psikologi, ini balasan kepada pantun di atas.
Memburu jerung selam ke dasar
tak nampak bayang, suar dipasang
Tekaan serong jauh tersasar
busurnya goyang, panahnya usang
tak nampak bayang, suar dipasang
Tekaan serong jauh tersasar
busurnya goyang, panahnya usang
Comments