Joula Si Peneman

Cik Mat nak ambil ujian memandu. Dia tahu dia perlu diuji oleh pegawai JPJ yang bertauliah. Tapi, disebabkan dia rasa gugup, dia nak ada PENEMAN semasa ujian tu.
Atas dasar belas ehsan, pegawai tu benarkan ada PENEMAN semasa ujian. PENEMAN tu dapat bayaran daripada Cik Mat selepas dia lulus ujian. Selapas itu, PENEMAN berkenaan menawarkan khidmat sebagai PENEMAN kepada yang ingin ambil ujian memandu. Ramai yang nak ambil perkhdimatannya.
Lama-kelamaan, dalam usaha nak menambah pelanggan, si PENEMAN ni tadi buat cerita bahawa ada pegawai JPJ yang berkelakuan tidak senonoh semasa ujian. Pegawai JPJ juga dituduh berlaku zalim dan ganas. Akibat ramai yang percaya, maka ada permintaan supaya hanya PENEMAN tu saja yang ada semasa ujian memandu. Dan makin ramai yang percaya bahawa PENEMAN itu mampu mengambil alih tugas pegawai JPJ.
PENEMAN yang tiada kelulusan, kemahiran dan tauliah berkaitan ujian memandu cuba mengambilalih tugas pegawai JPJ dengan bayaran yang jauh lebih mahal. Apabila ada pihak yang mempertikaikan perkhidmatannya, maka bertegaslah dia dengan memburuk2kan pegawai JPJ. Orang yang memang ada sedikit keraguan terhadap JPJ lebih senang dipengaruhi oleh PENEMAN itu.
PENEMAN mengangkat dirinya sendiri menjadi PEGAWAI.
Siapa yang tipu siapa?

Comments