Ilham surah as-Shams
Surah as-Shams (1-10)
Demi matahari dan cahayanya Yang terang-benderang;
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Dan siang apabila ia memperlihatkannya Dengan jelas nyata;
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk Yang kuat kukuh - Yang melambangkan kekuasaanNya);
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -
Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
=======
Matahari dipasangkan dengan bulan
Siang dipasangkan dengan malam
Langit dipasangkan dengan bumi
Selepas ayat tentang manusia, tiada ayat yang menunjukkan pasangan kepada makhluk bernama manusia. Ayat yang berturutan dengan penciptaan manusia ialah tentang ilham yang menjadikan manusia boleh memilih antara kejahatan dan taqwa. Seolah2, yang penting ialah pilihan yang ada dalam aqal, hati dan jasad manusia.
Dua ayat yang seterusnya (yang juga seolah2 berpasangan) menjelaskan kesan daripada pilihan berkenaan: berjaya atau hampa.
Kita tak perlu kawal matahari dan bulan.
Tak perlu kawal pergerakan siang dan malam
Tak perlu juga kawal tinggi langit dan bulatnya bumi.
Yang pasti, kita perlu kawal pilihan dan tindakan kita.
Indahnya surah ini.
Comments