Tragedi Oktober
Tragedi Oktober
Tak mampu lagi aku
Hidup di tahap dulu
Membekukan perkembangan diriku
Biarkan ia pergi
Sejarah yang terpateri
Bukan menafi yang tak kembali
Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Sebelum Oktober
Harapan aku hanya untuk cemerlang
Hargailah segala masa usiaku
Bagiku kau memanglah rakanku
Usahaku...
Hanya satu ku pinta
Kesabaran darimu
Carilah peluang hidupku
Aku rela mengganda
Meranjau onak cita
Agar berjayalah langkahnya
Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Sebelum Oktober
Tragedi Oktober yang sebenar ialah membiarkan bulan yang akan datang ini sama sahaja, atau lebih buruk, dengan September yang akan ditinggalkan.
Bagaimana nak menjadikan Oktober lebih baik?
1. Tambahkan amal soleh seperti solat sunat, bersedekah, dan memberi ucapan assalamualaikum
2. Kurangkan perbuatan yang tak soleh seperti membuang masa, bercakap yang buruk2 terang orang lain, dan membazir makanan.
3. Tingkatkan produktiviti kerja dengan menambah kuantiti dan kualiti kerja.
4. Tambah ilmu dan kemahiran seperti fotografi digital, membaca dengan pantas, dan menanam orkid.
5. Perbaiki persekitaran dengan mengucapkan sesuatu yang baik dan lunak kepada seseorang yang belum pernah dikenali, membersihkan longkang di kawasan perumahan, dan berkongsi pengalaman berguna di media sosial.
Jadikan Oktober lebih baik daripada September dengan melakukan sesuatu yang kecil tapi bermakna. Jangan biarkan ia menjadi tragedi.
Comments