Tips marking exam papers
Sekarang ni awal semester. Di hujung semester nanti akan kembali berperang dengan diri sendiri untuk marking. Rekod setakat ni, dapat siap marking papers hampir 100 orang students dalam 7 jam: exam abis pukul 5 petang, marking selesai pukul 12 tengah malam.
Kalau nak cepat siapkan kerja marking, ada beberapa tips yg sesuai diamalkan.
1. Kalau paper tu ada soalan objektif (mcq), cuba la guna mesin scantronic. Kejap je boleh selesai. Kalau memang tiap2 semester ada banyak paper yg guna soalan mcq, mintak la belas ehsan Dekan untuk beli satu. Berbaloi.
2. Untul soalan esei atau soalan esei pendek, semak ikut soalan. Maksudnya, selesaikan mengikut soalan, bukan ikut pelajar. Tak kisah la.. nak semak semua jawapan bagi soalan 1 dulu ke, atau soalan 3 ke. Bila buat macam ni, semakan kita akan lebih konsisten. Nak ingat jawapan serta point yang nak dicari pun lebih mudah.
3. Asingkan kertas jawapan kepada set-set yang kecil. Kalau korang ada 100 students, asingkan kertas jawapan kepada set yg ada 5 kertas jawapan je. Nanti korang boleh paksa diri untuk siapkan semak set-set yg kecik ni. Sedar tak sedar akan siap set yang besar.
4. Pastikan skema jawapan ada depan mata. Of course, lagi jelas skema tu, lagi senang nak menyemak jawapan. So, sebelum buat exam, pastikan dah ada skema jawapan.
5. Pilih jawapan best (atau top) student untuk disemak dulu. Korang boleh calibrate skema jawapan dengan menyemak jawapan best student. Mungkin ada jawapan yg korang tak masukka dalam skema, tapi boleh diterima. Atau mungkin ada kesilapan dalam skema korang. Ni bukannya maksud nak pilih kasih terhadap top student tu. Korang kena professional la. Jangan masukkan emosi dalam proses marking.
6. Kalau korang ada kemewahan ruang, reserve ruang tu khas untuk marking. So, korang boleh sepah-sepahkan kertas jawapan sesuka hati tanpa risau orang kacau atau alih papera tu. Jangan sepah sampai korang hilangkan paper pulak. Maksudnya di sini, cipta ruang yang selesa untuk aktiviti 'controlled chaos' korang.
7. Last sekali, pastikan ada bahan pelincir yang sesuai. Ikut korang la macam mana nak reward diri sendiri bagi setiap set kecil yang korang berjaya siapkan. Contoh, bila dapat siapkan 10 paper, korang pause marking dan layan video youtube pasal keletah kucing untuk 5 minit. Minuman penyegar pun boleh disediaka secara berkala. Terpulang kepada selera masing-masing.
Kucing makan ketupat
Panas makan tapai
Marking cepat-cepat
Fairness jangan diabai
Panas makan tapai
Marking cepat-cepat
Fairness jangan diabai
Comments