Rehat: Bahagian II

Dah masuk waktu asar. Nak rehat dan solat. Tinggal nak tulis satu paragraf tentang 'resilience'. Lepas tu, mungkin nak review sekali lagi sebelum email draf ni kepada penyelia. 

Seperti yang disebut dalam entry yang sebelum ni, nak tulis pasal godaan. Dunia memang banyak menggoda. Lepas solat zuhur tadi, ada godaan baru yang diterima. Sabor je la... kat surau pun kena goda. Dunia, dunia. Yang menggoda tu bukan orang lain, kawan sendiri jugak. Dia cadangkan beli PlayStation. Perrgghh.... tak terlintas itu sebagai penyelesaian kepada masalah yang sedia ada.

Sejak beli tv tahun lepas (December 2008), masih belum merasa tengok DVD. Ada beberapa keping DVD yang telah dibeli menunggu untuk ditonton. TV tak boleh disambung dengan komputer riba. Tak ada kabel penyambungnya. Penyelesaian yang difikirkan ialah membeli DVD player. Jyothi dah sedekah kabel scart. Jadi, kalau beli DVD player, mudah saja nak disambung ke tv. 

Tapi, tetiba je diberi penyelesaian alternatif. Rupa2nya PlayStation pun boleh main DVD filem. Heheh... tak tau la pula. Jahil sikit pasal PlayStation. So, cam ne? Ada 3 penyelesaian: (1) Beli kabel tv-komputer, (2) beli DVD player, atau (3) beli PlayStation. Atau tak perlu buat apa2? Tengok DVD bukannya wajib mahupun sunat, kan?

Dunia, dunia.


Comments

nao said…
Karang dah ada PS nak beli cd game plak, tak juga jadi tengok DVD! Hehehe
Hahaha.. betul!!! Lagi tambah masalah.
Anonymous said…
beli laa PS sir. boring2 boleh main game. lg pun PS dah murah pas2 skrg gamers sume nak beli wii. ngeee..
sudah. sudah. jangan nak menambah godaan. Muahahahaha.
well...
i think a PSP could be a double bonus for you.
Tak le boring asyik nonton DVD je but then u can always switch in between game too!
muahahahahaha *evil laugh!*
Unknown said…
ps...sgt2 menggoda dan membazir waktu...manfaat sikit...keburukan banyak...pk2 kan lah..kalo nak sgt tgu je yang terlatest...maybe takyah guna cd dah...