Ko ingat aku barang Petaling Street?
Masa sakit kepala baru2 ni, teringat kat kawan kat Perak. Dah lebih setahun dia kembali bujang. Hidup sebagai ibu tunggal memang banyak cabaran. Akulah yang kekadang jadi pendengar bila hatinya diguris oleh manusia2 yang tak tahu menjaga adab lisan.
Dia ambil keputusan untuk berpisah bukanlah kerana suka2. Banyak derita yang ditanggungnya. Sepatutnya, bila dah kembali bujang, dia boleh mencari bahagia. Tapi, ada kelompok masyarakat yang masih kuat menconteng stigma 'janda'.
Dia berpisah bukan untuk mencari jantan lain. I don't think there was a pull factor. Tapi, org anggap (baca 'stereotype') SETIAP janda WAJIB/MAHU/TERDESAK/GATAL nak kawin semula. Perkahwinan yang baru berlalu masih berbekas. Luka di hati masih terasa. Jadi, apabila ada yang mendekati, kesan luka kembali berdenyut. Lalu, keluarlah ayat2 seperti, "saya belum bersedia lagi", "saya tak sesuai untuk awak", "saya tak sanggup jadi isteri nombor dua" dan sebagainya. Maksud ayat2 ini ialah "Tak nak" atau "tak selera dgn awak". Tapi manusia yg tebal dengan stereotype sukar memahami ayat berlapik ini. Mereka tak faham, mengapa seorang janda (yang WAJIB/MAHU/TERDESAK/GATAL nak kawin semula) boleh menolak pelawaan mereka.
Lalu, keluarlah kata balas seperti, "sombong", "jual mahal", " tak padan dengan (status) janda", atau "sekarang jual mahal, nanti terkejar2". Wajarkah kata2 ini dilemparkan? Waima mahu melindung ego yang tercalar akibat penolakan, wajarkah? Lain kali, cuba fahami dulu apa hati yang ingin ditanya. Jangan melulu menyorong2kan pipi. Kalau ego terlalu rapuh, jangan letakkan di zon bahaya. Lagipun, yg jadi perhatian tu, memang mahal harganya. Ko ingat dia barang pasar malam Petaling Street? Kalau barang murah mengapa ko datang terhegeh2? Atau ko memang biasa jilat barang murah? Inilah masalahnya kalau terlalu mudah menghulurkan 'penyelesaian' (i.e. berkahwin) tanpa menyelidik apa permasalahannya (apa masalah jadi janda?). Yg bermasaalah tu awak! Masalah utama ialah 'selalu terangsang nafsu' (SETAN). Selesaikan masaalah awak tu dulu. Tak payah nak tunjuk mulia dengan statement, "saya nak bela nasib ibu tunggal".
Lebih melukakan, ada pulak kata2 tajam yang datang dari golongan wanita sendiri. "Tu la, ada laki ditinggalkan. Sekarang terkejar2 jantan." Hello makcik!!!! Kalau tak tahu latar belakang cerita, jangan memandai buat kenyataan. Orang tak cerita kisah rumahtangga pada awak. Tak perlu. Jangan memandai buat cerita. Kalau nak berfiksyen, baik jadi penulis drama. Menuntut dengan J K Rawlings dulu. Kalau memang tak tahu hujung pangkal cerita, baik diam je. Jangan biasakan lidah tu bergerak tanpa kompas.
Sebenarnya, orang yang macam inilah yang membuat ramai wanita rasa tertekan. Wanita amat takut dengan perceraian disebabkan mulut2 tak bertamadun yang gigih mengguris hati ibu2 tunggal. Maka, ramai wanita yang 'rela' hidup bersuamikan pendera. Lebih baik didera seorang lelaki daripada didera masyarakat. Hakikatnya, wanita turut bertanggungjawab menyesakkan hidup wanita lain. Bukan hendak memberi sokongan, malah menghenyak wanita lain. Pasal apa? Rasanya, berbalik pada ego jugak. Perempuan bermulut primitif ini sebenarnya takut kedudukannya tercabar. Risau kalau2 suaminya mengambil janda sebagai isteri kedua. Kan? Kalau tak, mengapa mulut ko celupar tak ingat akhirat? Tak kesian pada kaum sendiri?
Aduh.. makin sakit kepala dibuatnya.
Comments
Its life.God has given us the priviledge to lead our on way of what and how we want it to be.
Orang yang berkata mereka tak pernah merasai apa yang sedang si mangsa merasai.
Que sera sera...
P/S:am truly addicted in posting comments into your blog!argh!!not a good sign though!