Ramadhan datang lagi

Petang ni Ramadan akan menjelma lagi. Seperti di tahun-tahun lepas, aku perlu bertanya kepada diri sendiri: bagaimana akan kujadikan Ramadan ini lebih baik daripada yang sebelumnya?

Aku akan cuba untuk menambah amal yang perlu, terutama solah tarawih. Mahu berazam mennyempurnakan tarawih di setiap malam, walau 8 rakaat.
Kedua, aku akan cuba mengurangkan amal yang tak perlu. Mahu berazam meninggalkan amalan yang tidak baik. Moga bterus ditinggalkan bersama berlalunya Ramadan.

Namun, satu perkara yang aku lupa untuk perhatikan ialah pemantauan bagi perkara-perkara yang tidak termasuk dalam matlamat. Perlu juga untuk aku pastikan bahawa apa yang telah aku capai sebelum ini tidak keciciran. Moga Allah menerima amalku. Moga Ramadan mengayakan aku dengan ketakwaan. Moga Ramadan menghakiskan dosa-dosaku. Moga Syawal nanti hatiku segar untuk terus tunduk pada Allah.

Comments

nao said…
muga muga hidup bertambah barakah,
menjadi bapa,menjadi teman, menjadi hamba yg lebih baik drp sebelumnya...amin!