Kerendahan Cintaku

Kerendahan Cintaku

Dalam lembaran silamku
ada hati terbakar
hingga arangnya memahitkan
lembaran depanku

Maafkan aku
andainya cinta yang kuhamparkan di kakimu
tidak meninggikanmu
ke persada yang ingin kau capai

Maafkan aku
andainya rindu yang kutitip buatmu
tidak menyejukkanmu
dalam lena mahupun jagamu

Kerendahan cintaku
mampukah menaikkan senyummu?



Harris Shah Abd Hamid
Kuala Lumpur
22 Feb. 05

Comments

Anonymous said…
wow *terkedu*
Anonymous said…
ersurat dan tersirat
nao said…
errrrmmmm......tak paham.
nanti terangkan bait bait dia ek..:D
bait-bait mana yang tak faham tu nao?
nao said…
semua BAIT!!!..hehehehe
aiyooo.... susah la mau terang kalu itu macam
Anonymous said…
silap tuh bukan kerendahan but more appropriate keikhlasan ... pepagii ari dah berkaca mate nie terbaca words that have so much meaning...adehhhhh