Grafologi dan Personaliti

Mengapa orang percaya bahawa tulisan tangan boleh dikaitkan dengan personaliti, tahap kesihatan mental, dan pencapaian kerja?

Mungkin sebab ia kelihatan ada logiknya; it sort of makes sense. Yang mungkin ramai orang tak tahu adalah wujudnya beratus-ratus kajian menunjukkan TIADA perkaitan yang signifikan (atau perkaitan yang lemah) antara ciri-ciri tulisan tangan dengan personaliti, kesihatan mental, dan pencapaian kerja. Maka lebih logikal untuk kita menolak grafologi.





Di Malaysia, analisis tulisan tangan diiklankan pulak dengan mengaitkannya dengan jenis pekerjaan yang sesuai. Tambah pulak 'rahsia' tulisan tangan dipromosikan sebaris dengan ayat 'usahawan berjaya'. Maka ramai yang tertarik dengan potensi analisis tulisan tangan untuk menjadi kaya raya.
Di Malaysia, antara pengamal grafologi termasuklah graduan bidang psikologi. Malah, ada antara mereka memegang jawatan pegawai psikologi. Saya berpendapat adalah tidak profesional bagi mereka mempromosikan amalan yang bersifat pseudopsikologi sedangakan ada baaaaaaanyak lagi program yang lebih sesuai.
Apakah nilai grafologi bagi pegawai psikologi ini?
- adakah kerana ia lebih mudah diajar?
- adakah kerana ia lebih seronok untuk dipelajari?
- adakah kerana ia lebih sahih berbanding ujian personaliti yang ada banyak bukti kesahan?
- adakah kerana selama ini tiada siapa yang menegur?
Menonton pertunjukan silap mata memang lagi SERONOK berbanding menonton dokumentari berfakta.
Mudah terhibur.
Banyak pulak boleh dapat testimoni yang murni-murni.
Ada kawan di media, boleh naikkan 'berita' dalam surat khabar bahawa si polan si polan ialah pakar grafologi yang telah buat program dengan pelbagai agensi kerajaan.
Silalah fikir jugalah kesan jangka masa panjangnya. Amalan-amalan pseudopsikologi boleh merosakkan profesion psikologi. Nanti orang awam tak boleh nak bezakan antara ahli psikologi dan ahli silap mata. Dana awam juga dibazirkan dengan program-program yang lemah sedangkan ada banyak program lain yang lebih baik boleh dijalankan.
Membangunkan potensi manusia tidak perlu kaedah-kaedah yang misterius lagi magikal. Tambahan lagi jika berniat membangunkan potensi manusia membuat persiapan ke akhirat: perlulah ada kefahaman fitrah manusia dan potensinya mengikut landasan Islam. Bukan ikut landasan sympathetic magic (Bayerstein & Bayderstein, 1992) yang merupakan akar grafologi.
Hanya kerana sesuatu amalan itu popular, tidak bermakna ia patut diterima. Amalan psikologi tidak sepatutnya bergantung kepada prinsip demokrasi dan suara ramai; ia disandarkan kepada disiplin ilmu.
Jika tiada perasaan malu, maka kerjarlah populariti.
Beyerstein, B. L., & Beyerstein, D. F. (Eds.). (1992). The write stuff: Evaluations of graphology, the study of handwriting analysis. Prometheus Books.

Comments