Menu Instrumen Kajian

 "Dr... untuk kajian saya ni, apa instrumen yang sesuai untuk digunakan? Instrumen X atau Y?"

Jika calon PhD yang bertanya soalan ini, maka saya mungkin akan bertanya semula "ada berapa banyak instrumen yang boleh digunakan?" Calon PhD patut menunjukkan penguasaan topik dan bidang pengkhususan masing-masing. Antara contoh penguasaan bidang ialah mengentahui instrumen pengukuran yang relevan. Jika kajian memusat kepada efikasi kendiri, maka buatlah tinjauan ke atas artikel-artikel yang melaporkan pelbagai pengukuran efikasi kendiri. Artikel yang dipautkan menunjukkan tinjauan secara sistematik ke atas alat pengukuran kesejahteraan subjektif. Bukan hanya ada satu atau dua alat. Malah berpuluh-puluh. Jika nak buat cadangan kajian dengan hanya merujuk kepada satu dua alat kajian, maka tak hairanlah kalau cadangan tersebut dinilai sebagai cetek. Calon juga mungkin tidak mampu untuk mempertahankan alat pengukuran yang dipilih sebab dia sendiri tidak sedar pilihan-pilihan yang ada; apatah lagi nak membandingkan kekuatan dan kelemahan instrumen. Kalau rasa bilangan muka surat masih cetek, tulislah tinjauan tentang alat pengukuran. Ia sangat releven dalam memberi justifkasi alat pengukuran yang dipilih. "Mengapa you pilih instrumen dari tahun 1982? Tak adakah instrumen yang lebih baik daripada ini?" Kalau dah buat tinjauan, soalan seperti ini boleh dijawab dengan mudah. Paling-paling tidak, boleh jawab ada atau tidaknya instrumen yang lebih muda dan terbaharu. Kalau nak pertahankan juga instrumen yang tua tu, boleh diberi justifikasi berdasarkan skop pengukuran (dimensi-dimensi yang dicakupi), responden sasaran, kepanjangan, bukti kesahan kumulatif, dll yang berkenaan. Jadi, sebelum meminta pendapat supervisor tentang instrumen X atau Y, pastikan dah sedar tentang instrumen A hingga W. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fpsyg.2021.616637/full

#notapsikologi

Comments