Kategori kesahan

 Kesahan (validity) bagi sesuatu alat pengukuran psikologi tidak terletak pada satu indeks atau nilai semata-mata. Bahkan, ada banyak kategori kesahan seperti yang dihuraikan dalam artikel (lihat pautan yang diberi). Walaupun artikel berkenaan merujuk kepada pentaksiran dan ujian dalam kelas, konsep kesahan yang sama boleh dipakai untuk ujian psikologikal.


Jika dihadam betul-betul isi artikel berkenaan, maka kita akan sedar bahawa tidak tepat jika kesahan alat pengukuran disandarkan kepada satu bukti sahaja.

Kesahan adalah sifat alat pengukuran yang diperkukuh dengan bukti yang dikumpul secara berterusan. Satu bukti sahaja tidak cukup untuk mengatakan sesuatu ujian atau alat pengukuran itu sah. Bahkan mungkin perlu ditunjukkan bukti bagi kesemua kategori bukti (isi ujian, proses menjawab ujian, struktur dalaman, kaitan dengan ujian lain, dan kesan langsung daripada ujian) sebelum mendakwa bahasa ujian boleh dianggap sah.

Ujian personaliti yang tak ketahuan asal usulnya, serta tiada ditunjukkan bukti kesahannya, sangatlah diragui kualiti serta kebergunaannya. Walaupun penerbit ujian mengatakan ia telah diuji kepada 10,000 peserta bengkel latihannya, itu bukanlah bukti yang relevan. Jika benar telah diuji, mana datanya? Mana hasil analisisnya?




Kelip-kelip kusangka api
kalau api mana baranya
angka besar dikatanya bukti
kalau bukti, mana indeksnya?

#notapsikologi



https://poorvucenter.yale.edu/AssessmentDesignValidity

Comments