Spin ayat saintis

 Saintis: "produk ini mungkin mempunyai potensi meningkatkan aktiviti imunisasi dalam tikus makmal".

Ejen MLM: "Produk ni WAAAAAJIB untuk semua orang untuk tingkatkan imunisasi badan. Terbukti berkesan melalui kajian saintifik".
Lebih sudu dari kuah.
Teringat adegan dalam filem Nujum Pak Belalang. Tok Nujum belum habis jampi, Tok Penghulu yang beriya-iya kata dah nampak gambar dalam belanga.
Terlebih imaginasi agaknya.



Comments