Takrifan Memasak

 Apakah maksud memasak?

Menukar bahan mentah kepada hidangan yang sedia untuk dimakan.

Kalau itulah jawapannya, kita boleh anggap ia sebagai definisi konseptual. Ia agak umum atau abstrak.


Chef, Food, Sushi, California Rolls, Kitchen, Cook

Definisi operasional pula perlu lebih 'terang lagi bersuluh', konkrit, ada 'operasi' yang nyata, atau boleh diukur. Contoh definisi operasional bagi sesuatu kajian ialah:

Dalam kajian ini, memasak didefinisikan sebagai proses menggoreng menggunakan minyak sayuran pada suhu 200 darjah Celcius.

ataupun:

Dalam kajian ini, memasak didefinisikan sebagai aktiviti memanggang menggunakan ketuhar dengan bantuan kipas dan kepanasan atas-bawah pada suhu 190 darjah Celcius.

perhatikan bahawa definisi operasional masih 'tertakluk' kepada definisi konseptual. Bahkan, ada banyak definisi operasional yang boleh diterbitkan daripada satu definisi konseptual yang sama. Membakar, mengukus, goreng kilas, menjemur, menyalai, mengasap, mengawet. Memang banyak 'operasi' untuk MEMASAK.

Jadi, pastikan definisi operasional ditulis dengan jelas. Baru senang orang nak memasak.

(tampalan ini ditulis ketika kelaparan)

#notapsikologi

Comments