Sapu Tangan Qistina: Bahagian 1

 "Apa masalah kamu Qistina?" tanya Timah.

"Masalahnya, aku ni tak cukup sapu tangan. Ada sikit je sapu tangan dalam almari."

[Qistina menganggap Timah faham bahawa kekurangan sapu tangan adalah satu masalah. Tapi, Timah sendiri jarang guna sapu tangan. Dia tak nampak bagaimana kekurangan sapu tangan tu jadi satu masalah.]


Handkerchief, Check Pattern, Towel

"Ate, apa masalahnya?" tanya Timah lagi.

"Iya le.... bila tak cukup, jadi masalah le," jawab Qistina untuk mempertahankan pernyataan masalahnya.

"Tak faham aku. Kamu nak buat apa dengan sapu tangan?"

"Tak de buat apa pun. Cuma aku tak puas hati sebab aku ada sikit je sapu tangan. Orang lain ada banyak sapu tangan. Aku nak juga ada sapu tangan banyak-banyak", panjang pulak Qistina menerangkan.

Dahi Timah makin berkerut.

"Kamu ada fetish sapu tangan ke Qistina oi? Apa masalahnya kalau sapu tangan kamu tak banyak? Apa faedahnya kalau ada sapu tangan banyak-banyak? Makin sihat ke kamu kalau ada sapu tangan penuh satu almari?" Timah menembak soalan berdas-das.

Nyaris Qistina mencarutkan Timah sebab menuduhnya ada fetish sapu tangan.

"I normal la you!" katanya tegas.

[Bila dikatakan 'kurang kajian tentang X", ketahuilah bahawa ia berbunyi seperti omongan kosong Qistina. Dia kata ada masalah. Tapi tak jelas apakah masalahnya.]

Timah mengalah. Dia anggap sahaja kekurangan sapu tangan itu adalah satu masalah bagi Qistina.

"Jadi, apa kamu nak buat?" tanya Timah.

"Petang esok, aku nak ke GM Klang," jawab Qistina dengan penuh yakin.

"Buat apa nak ke sana?"

"Nak beli sapu tangan le Timah oi. Secara khususnya, matlamat aku nak ke GM Klang ialah (1) mengetahui harga sapu tangan, (2) mengenalpasti jenis fabrik yang digunakan sebagai sapu tangan, dan (3) mengkaji perkaitan antara jenis fabrik dan harga sapu tangan."

"Ya Allahu Rabbi. Matlamat 1 tu aku faham le Qistina. Matlamat 2 dan 3 tu apa pulak kaitannya dengan masalah nko? Ko buang tabiat ke Qistina!" Timah merasa deskan yang sangat kuat untuk menyikat rambut Qistina - supaya fikirannya lurus selurus rambutnya.

"Eh, ikut suka aku la. Aku bina matlamat ni bukan saja-saja tau? Aku ada soalan-soalan khusus iaitu (1) apakah harga sapu tangan? (2) apakah jenis fabrik yang digunakan sebagai sapu tangan, dan (3) apakah perkaitan antara jenis fabrik dan harga sapu tangan. Ha... cantik tak perkaitan antara matlamat dan soalan-soalan aku tu?"

"Soalan aku pulak: nko ni waras ke tidak Qistina? Yang ko nak nak soalan-soalan macam tu pasal apa? Apa kaitannya dengan masalah nko? Nko kata tak cukup sapu tangan. Apa kejadahnya yang ko nak kaji jenis fabrik? Ko dah terlebih minum Febreeze ke?" Timah tetap tak puas hati.

"Apa yang susah sangat nak faham? Aku kata aku TAK CUKUP sapu tangan. TAK CUKUP? Nak aku guna font warna merah ke?"

"Warna merah ke, warna purple ke, warna blackpink ke... ada aku kesah? Aku masih tak nampak apa sebenarnya masalah ko. Lepas tu ko senaraikan pulak matlamat yang tak dikaitkan dengan masalah yang belum wujud tu. Nko ingat aku terpesona sangat dengan soalan-soalan projek shopping nko tu? Sikit pun aku tak boleh percaya soalan-soalan tu penting untuk selesaikan masalah nko."

==============

Apa yang anda rasa? Geram dengan Timah atau dengan Qistina?

#notapsikologi.

Comments