Hari Yang Panjang

3 Mac 2015

Hari yang panjang ni bermula seperti biasa: hantar anak ke sekolah. Selepas itu, drive ke Ara Damansara untuk kursus Thinking Critically and Solve Problem Creatively di Ramsey Sime Darby Medical Centre Ara Damansara. Seronok dapat buat training untuk akak-akak dan adik-adik yang kerja di hospital dan kolej Sime Darby. Program training habis pukul 5, bergerak pula ke Sri Rampai. Ada client merangkap 'anak' dalam Shaklee nak beli barang. Kedai Shaklee tu terletak di kawasan perniagaan yang selesa. Senang nak parking. Dan senang nak berurusan di situ. 

Selepas membeli, terfikir pulak macam mana nak hantar barang kepada client ni. Esok nak sambung training di Ara Damansara. So, the whole day memang tak boleh jumpa di kampus. Dalam hati kata, kalau ada juimpa student, boleh la tolong kirimkan kat dia; sebab client tu akan berada di kampus esok.

Lepas beli barang, drive pulak ke Wangsa Walk. Ada dua tujuan ke situ. Yang pertamanya, nak pergi celebrity Fitness. Sempat la mandi manda di situ dulu untuk menyegarkan badan. Lepas solat magrib, ada one-to-one class dengan sorang student master. Dia ambil satu course  (Consumer Behaviour and Marketing) untuk menyempurnakan program masternya. Hopefully dia boleh graduate lepas ni.  Siap masuk farmasi Guardian untuk tengok barang-barang dan bagaimana barang tu ditujukan kepada segmen market tertentu. Lebih kurang 9.45 baru abis kelas dengan dia. 

Plan nak makan lepas tu. Tapi rasa malas dan nak balik. Baru nak start enjin kereta, nampak muka yang familiar. Rupa-rupanya si Rauf, student psikologi. Dia dan kawannya si Pchort (bunyinya 'picot') baru beli kek untuk sambut birthday kawan depa, Amirul Naqib, student psikologi juga. Amirul ni antara top scorer subjek statistik yang pernah diajar. Depa ajak join 'mensurprisekan' Amirul yang dok tunggu di KFC 24jam Wangsa Maju, sebelah Wangsa Walk.

So, dapatlah makan kek dan ayam goreng KFC tanpa dirancang. Dan dapat jugaklah mengirimkan barang Shaklee kepada client melalui Amirul. Lepas tu, balik rumah dengan hatiyang seronok. Demikianlah kisah sebuah hari yang panjang.

warna rambut matching dengan warna baju


Kedua-dua gambar ni diambil dari Facebook Amirul. Ada ambil gambar kat phone sendiri. Tapi malas nak letak. Hahah.

Comments